SIAPA KAMI?


PENGEDAR madu Lebah Tualang di kawasan Selangor/Kuala Lumpur. Menjual madu berkualiti tinggi yang mana lebah Sialang hidup di dalam hutan & merupakan produk terbaik hasil dari khazanah hutan. Ini dapat dibuktikan secara klinikal bahawa madu tualang mengandungi 5 kali khasiat berbanding madu lebah yang dibela. 

BEKALAN madu diambil dari en. Zamberi, yang mana beliau adalah seorang pencari madu yang sangat berpengalaman dalam selok-belok madu tualang ini. Beliau menceburkan diri dalam industri ini sejak tahun 1991 lagi yang mana bukan sekadar menjual madu sahaja, bahkan terlibat secara lansung dalam mencari sarang-sarang Lebah Tualang di dalam hutan bersama2 kumpulannya - pada masa yg sama untuk mendapatkan bekalan beliau & partners sanggup meredah sampai ke hutan Kalimantan dan sanggup bermalam dalam hutan berminggu2 semata2 ingin berkongsi kebaikan madu tualang asli ini.

Susuk ini juga sangat menekankan keaslian madu tualang dan sangat menentang sebarang penjualan madu tiruan  seperti yang berleluasa dalam pasaran sekarang ini. Sebarang keraguan terhadap keaslian madu yang kami jual ini boleh berhubung terus dgn kami supaya kami boleh membawa saudara/i berjumpa dgn beliau dan melihat bukti2 fizikal dgn mata kepala sendiri.

Mengapa madu tualang ini kami panggil madu meletop!!! Kerana madu mentah ini mengeluarkan gas yang banyak, dan semasa pelanggan membuka botol madu ini akan mengeluarkan bunyi gas yang dilepaskan...  sebab itu pelanggan ditegah sama sekali menggongcang botol madu ini.