Berikut adalah ciri-ciri madu
tiruan yang amat banyak dijual di pasaran dan didakwa sebagai Madu Lebah
Tualang. Saudara/i jangan terperanjat kerana madu ini juga ada dijual di klinik swasta. Pernah saya menegur seorang doktor di kawasan kediaman saya yang
menjual madu begini (saya demokan pada beliau) namun beliau tetap menjualnya. Selepas
saya keluar dari bilik doktor tersebut kelihatan seorang bapa mendukung anaknya
sedang membeli madu tersebut. Alangkah sedihnya hati saya melihat kejadian itu.
Madu yang diniatkan untuk dijadikan ubat buat anaknya akan merosakkan organ
dalaman anak dan dirinya sekeluarga. Sedangkan sudah terang-terangan saya
tunjukkan pada beliau mengapa saya katakan madu itu tidak asli. Apakan daya
saya tidak mampu untuk menghalangnya.
Warna tidak sekata
Ada mendapan putih di dasar
botol. Dlm madu ada bendasing/kulat terapung. Biasakan jika ingin membeli madu
lihatlah dalam botol madu tersebut dengan cara melihat melalui sinar matahari
atau lampu yang kuat/terang di belakang madu. Lihat contoh gambar di bawah:
Buih
Buih putih pekat di atas
permukaan madu seolah aiskrim Mc Donald. Hinggakan kalau nak tuang madu pun tak
boleh. Buih ciptaan mereka selalu terdiri dari bahan buahan, madu & bahan
kimia yang di'blend' halus.
Bau Madu
Bau yang sedikit dan mcm bau gula
@ gula merah. Kebanyakan madu tipu mereka masak dan campurkan gula merah, pati
buah kurma & air buah pisang serta bahan kimia. Ada juga madu tipu yang
gunakan gula sentetik semata-mata (kimia yang dipalsukan menjadi manisan).
Rasa
Rasa gula yang meloyakan dan
terasa besi karat.
Penjual
Tiada apa2 pengenalan syarikat
atau sticker madu. Walau ada sticker syarikat pun kadang-kadang boleh diragui
melalui warna madu, buih, bau & rasa. Banyak sindikit madu mendakwa dari
Pahang, pergi menjual madu di pejabat-pejabat, pasar & pasar malam.
Sebenarnya mereka adalah warga pendatang Indonesia yang menyamar sebagai rakyat
tempatan, kononnya berasal dari Sabah @ Sarawak. Ada juga segelintir penjual
madu orang tempatan yang menjual madu, yang mana madu tersebut diambil dari
'orang tengah' yang tidak dikenali. Kemudian melabelkan sebagai madu tualang.
Yang paling penting ingatkan ayat ini "JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PENJUAL
MADU YANG TIDAK BERPENGALAMAN". Asakkan soalan-soalan yang patut anda
tanya kepadanya tentang segala kekhuatiran anda. Lihat cara jawapannya yang
teragak-agak dan bola mata yang tidak tepat memandang mata anda. Mungkin anda
pada masa itu sedang menjadi mangsanya. Mereka-mereka ini masuk hutan pun tak
pernah...bagaimana hendak menceritakan yang sebenarnya.
Oleh itu belilah madu
pada orang yang 'ahli madu' bukannya orang/penjual yang semata memandang duit
anda. Maka orang yang bukan ahli madu selalunya 'terjual' madu yang tidak asli
tetapi sebenarnya beliau tidak ada niat untuk menipu pembeli. Cuma selalunya di
dalam hatinya sentiasa berdebar-debar takut terjumpa orang yang arif tentang
madu. Dan juga hatinya selalu berbelah bagi untuk mengiyakan madu yang dijual
itu 100% asli kerana beliau sendiri hanya menerima madu itu dari orang tengah
saja.....masuk hutan ikut serta dan melihat sendiri cara pengambilan madu pun
tak pernah. Nahhh...tepuk dada tanyanya diri anda, adakah patut anda membeli
madu dengan orang yg sebegini. Selalunya madu yang mereka jual
tersebut adalah madu :
- madu yang bersumberkan lebah yang dibela/ternak,
- madu ternak dan madu tualang yang dicampur agar jadi banyak dan mendapat untung tinggi,
- madu tiruan yang dimasak/diadun,
- madu sentetik/gula tiruan.
Harga
Harga juga boleh memperlihatkan
sesuatu madu itu asli atau tidak. Mengapa saya kata begini, contohnya jika diambil pada pokok tualang, pokok tualang adalah sejenis pokok hutan yang amat
tinggi. Pokoknya tegak lurus dan kulit pokok yang agak licin. Dahannya hanya
bercambah di hujung batang sahaja. Bukan calang-calang orang yang boleh
memanjat dan mengambil madu di atas pokok ini. Risiko kematian akibat terjatuh
dari pokok amat tinggi untuk berlaku. Kalau diupah pemanjat untuk tujuan
mengambil madu memang amat mahal dan ianya berbaloi kepada pemanjat tersebut
sesuai dengan keberaniannya. Bagaimana pula dengan bayaran krew pembantu yang
lain seramai 4 hingga 7 orang. Mereka mengendalikan operasi menyambut madu yang
turun dari pokok, memerah, menapis, masuk ke tong dan seterusnya membawa keluar
dari kawasan hutan. Kadang-kadang melalui paya serta jalan hutan yang
berbukit-bukau dengan membawa tong berisi madu seberat 40-45kg madu. Ia juga
melibatkan perbagai kos termasuk pengangkutan hingga ia dibotolkan dan
dilabelkan.
Bagaimana pula kos pembelian mesin berelektrik yang ribu-ribu
harganya? Kos Pekerja?Adakah logik sebotol madu tualang yang berat bersih 1kg
dijual pada harga RM35-RM45-RM55-RM65. Kemudian kalau pandai di'tawarkan' boleh
turun harganya kepada RM10-RM30. Logikkah? Jika anda pernah menonton Majalah 3
satu ketika dulu ada memaparkan segmen Madu Tualang. Yang mana seorang pemanjat
menyatakan jika ada yang datang membeli di pangkal pokok tualang beliau akan
menjualnya pada harga RM80 sebotol 1kg ...... Fikirkanlah.
(dipetik dari pengalaman pembekal madu kami)