Monday 12 November 2012

MENGENAL PASTI MADU ASLI


Entri ini menerangkan kaedah yang boleh dibuat supaya pengguna dapat mengenal pasti samaada madu yang dibeli benar-benar asli atau tidak; antara cara tersebut ialah seperti berikut: 

Terdapat gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu asli jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.


Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat/tajam, selepas minum madu terasa mahu berdehem dan mempunyai bau wangi aroma bunga hutan dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

Pastikan warna madu juga sekata. Maksudnya dari atas hingga dasar botol warna madu yang sama, tidak berbelang atau bahagian atas warna dan bawah tidak sama.

Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna kemungkinan besar ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.Pastikan botol madu tersebut berlabel, syarikat berdaftar, ada alamat, no telefon penjual,email, laman web dan lain-lain.

Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan kekadang dapat dihasilkan melalui kaedah makmal.