Wednesday 7 November 2012

PENGENALAN: MADU LEBAH TUALANG


Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai Lebah Sialang. Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mempunyai hutan hujan tropika yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain.

Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu. Anggaran tinggi pokok tualang ini sekitar 80 sehingga 100 meter dari paras bumi.

Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para saintis. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak. Lebah Sialang atau nama saintifiknya Apis Dorsata  menghasilkan salah satu daripada 3 jenis madu terbaik di dalam dunia, madunya yang berwarna gelap kehitaman terbukti mengadungi lebih tinggi zat galian (Cu,Fe,Mg). Maka bolehlah dikatakan madu ini menjadi sumber terbaik keluaran alam semulajadi dan patut dikongsi bersama.